Friday 30 August 2013

Ruang-ruang lopong

Aku benar-benar mahu menjadi manusia yang bisa melukis takdirnya sendiri, yang boleh mencorak dan melakar apa jenis ukiran perjalanan hidupnya dengan indah dan tersusun. Yang bisa menyusun aturan mozek cantik-cantik di hamparan kehidupan yang bakalan ditemani buih bahagia hingga akhir nafas tanpa tersumbing walau sedikit pun. Tapi apa daya, aku hanya seorang manusia lemah yang tidak mampu melawan apa-apa bila mana Tuhan sudah pun menulis skrip hidup ini.

Aku benar-benar akhirnya bakal meninggalkan dunia dalam kondisi hati yang diguris pedih kerana cinta. Aku hanya ada tulang temulang yang mula ditinggalkan isi setelah bertahun dibiar menanggung derita sendiri. Tubuh aku kontang dan kering, dimamah segala rasa yang semakin mewah menjalar di segenap ruang-ruang yang lopong.

Aku sedang memegang kekuatan untuk menjalani hidup seperti biasa, menghirup udara dunia walau sudah sedikit tersekat-sekat. Aku hanya mampu membiarkan jasad aku teroleng-oleng mengikut takdir tuhan. Aku manusia paling bebal bila mana aku terlalu percaya yang aku hanya mampu hidup dengan adanya kau. 

Dan ya. 
Kau celaka.

Saturday 24 August 2013

Pasti

                                              

                                                                   hai jodoh...beribu batu pun, kita pasti bertemu :) insyaAllah.  

Thursday 1 August 2013

sekian lama

malam ini langit sepi
tak upaya samun cahaya rembulan
tak daya rampas kerlip sang bintang
hari harinya yang sepi


malam ini si pungguk sunyi
remuk rindu pada sang bulan
mengharap dibalas rindu di hati
hari harinya yang sunyi


sekian lama,segalanya seakan nyata
malam 
akan terus terusan sepi
pungguk
akan terus terusan sunyi

Sunday 7 July 2013

ketika

Sebab satu ketika dulu
Menyayanginya umpama nafas bagi aku

Satu ketika dulu..

Saturday 8 June 2013

beri

siapa siapa
bagaimana
takkan mungkin bisa mengaut rasa

apa apa 
mengapa
jangan pernah diungkit cela

bila bila
mana mana
masih cari hilangnya ia

beri aku masa
untuk pulih semula
walaupun tidak seperti
sediakala

Thursday 23 May 2013

Memangnya Insan

Dan memangnya insan itu selalu menodai. Menodai kata taubat yang dilafaz sendiri. Terikat dengan beribu dosa yang sama sekali sedaya cuba ingin hindari. Itulah, dan memangnya insan itu begitu. Kalau bukan kerana rahmat tuan kita kita itu, mungkin kita kita semua sudah pun menjadi kita kita yang lain. Terpesong jauh menyimpang, tak diketemukan hala benar kehidupan. 

Mereka kata,hidup mula bila sudah mati. Memangnya benar. Dan insan itu mengetahui tentang itu. Dan dia juga mengetahui bahawa tuan, pemilik kita itu masih mahu memberi kesempatan lebih dari seribu kali. Cuma insan itu yang menzalimi. Mensia-sia usia, insan berkata "alahai,muda lagi".

Bukan apa. Yang ditakutkan bukan saat mati. Tapi saat selepas mati. Mereka kata mati itu hidup. Kerana hidup setelah mati itu, selama-lamanya. Amal apa yang akan dibawa ke neraca timbangan nanti?? Dihumban ke neraka atau dipapah manja ke syurga?

Insaf.

Taubat lagi. 

Dan Ar-Rahman Ar-Rahim itu masih mahu memberi. Memberi peluang lebih dari seribu kali lagi. 

Dan memangnya insan itu nodai lagi. Menodai kata taubat yang dilafaz sendiri.