Thursday 23 May 2013

Memangnya Insan

Dan memangnya insan itu selalu menodai. Menodai kata taubat yang dilafaz sendiri. Terikat dengan beribu dosa yang sama sekali sedaya cuba ingin hindari. Itulah, dan memangnya insan itu begitu. Kalau bukan kerana rahmat tuan kita kita itu, mungkin kita kita semua sudah pun menjadi kita kita yang lain. Terpesong jauh menyimpang, tak diketemukan hala benar kehidupan. 

Mereka kata,hidup mula bila sudah mati. Memangnya benar. Dan insan itu mengetahui tentang itu. Dan dia juga mengetahui bahawa tuan, pemilik kita itu masih mahu memberi kesempatan lebih dari seribu kali. Cuma insan itu yang menzalimi. Mensia-sia usia, insan berkata "alahai,muda lagi".

Bukan apa. Yang ditakutkan bukan saat mati. Tapi saat selepas mati. Mereka kata mati itu hidup. Kerana hidup setelah mati itu, selama-lamanya. Amal apa yang akan dibawa ke neraca timbangan nanti?? Dihumban ke neraka atau dipapah manja ke syurga?

Insaf.

Taubat lagi. 

Dan Ar-Rahman Ar-Rahim itu masih mahu memberi. Memberi peluang lebih dari seribu kali lagi. 

Dan memangnya insan itu nodai lagi. Menodai kata taubat yang dilafaz sendiri.

No comments:

Post a Comment