Thursday 23 May 2013

Memangnya Insan

Dan memangnya insan itu selalu menodai. Menodai kata taubat yang dilafaz sendiri. Terikat dengan beribu dosa yang sama sekali sedaya cuba ingin hindari. Itulah, dan memangnya insan itu begitu. Kalau bukan kerana rahmat tuan kita kita itu, mungkin kita kita semua sudah pun menjadi kita kita yang lain. Terpesong jauh menyimpang, tak diketemukan hala benar kehidupan. 

Mereka kata,hidup mula bila sudah mati. Memangnya benar. Dan insan itu mengetahui tentang itu. Dan dia juga mengetahui bahawa tuan, pemilik kita itu masih mahu memberi kesempatan lebih dari seribu kali. Cuma insan itu yang menzalimi. Mensia-sia usia, insan berkata "alahai,muda lagi".

Bukan apa. Yang ditakutkan bukan saat mati. Tapi saat selepas mati. Mereka kata mati itu hidup. Kerana hidup setelah mati itu, selama-lamanya. Amal apa yang akan dibawa ke neraca timbangan nanti?? Dihumban ke neraka atau dipapah manja ke syurga?

Insaf.

Taubat lagi. 

Dan Ar-Rahman Ar-Rahim itu masih mahu memberi. Memberi peluang lebih dari seribu kali lagi. 

Dan memangnya insan itu nodai lagi. Menodai kata taubat yang dilafaz sendiri.

Thursday 16 May 2013

Suatu saat

Suatu saat dalam sejarah cinta kita
kita tidur saling memunggungi
tapi jiwa berpeluk-peluk
senyum mendekap senyum

Suatu saat dalam sejarah cinta kita
raga tak lagi saling membutuhkan
hanya jiwa sudah lekat menyatu
rindu mengelus rindu

Suatu saat dalam sejarah cinta kita
kita hanya mengisi waktu dengan cerita
mengenang dan hanya itu
yang kita punya

Suatu saat dalam sejarah cinta kita
kita mengenang masa depan kebersamaan
ke mana cinta kan berakhir
di saat tak ada akhir

Sunday 12 May 2013

Abdi

Liku yang tercoret
Mengapa harus diteruskan jalanan itu??
Mungkin ia percikan wangian syurga
atau rembesan cahaya neraka.

Wahai khalifah Sang Pencipta
Abdikan dirimu
setulus tulus pengabdian
moga ada sinar
terangi liku suram
tatkala dirimu
terkapai cari suluhnya mentari.

Friday 10 May 2013

Derita

Resah yang dirasakannya bukan kepalang,
Ibarat jantung diragut helang.
Nyawa tergantung,
jiwa tak sampai.

Wanita itu begitu kecewa
sampai seluruh organnya ibarat terlucut.
Berderai hati
jadi keping-keping busuk

Duhai kekasih
tak mampu ditahan air mata yang menetes
Kasihanilah dirinya
Karena baginya berat sungguh penderitaannya.

Thursday 9 May 2013

Jangan

Jangan sedih selalu tersisih,
bukan kau saja ditimpa malang
ingatlah para rasul mulia,
lebih terseksa,menderita,
mereka bahagia dalam derita,
mereka kaya dalam papa.
Mereka merasai ramai
walaupun keseorangan,
mereka memadai dengan tuhannya.
itulah kebahagiaan.

Wednesday 8 May 2013

Hari

Hari ini hari celaka buat aku
Kerna aku tak bisa bernafas seperti selalu
Tersekat sekat
Tanpa ada yang membantu

Hari ini hari celaka buat aku
Kerna aku lemas dalam syahdu
Terkapai kapai
Tanpa pepohon untuk aku gapai

Hari ini hari celaka buat aku
Kerna aku rimas
Asyik dakap gambar kamu
Aku mohon
Ampunkan aku



Tuesday 7 May 2013

Tak mahu

terasa bagai ditusuk sembilu bisa
pedihnya entah bila akan terhenti
kerna aku kini punya satu rasa
tak mahu aku
aku tak mahu satu dengan kamu

terasa bagai dipijak keldai buta
patah riuk rusuk dalam dada
kerna aku kini mahu kita pisah dua
tak mahu aku
aku tak mahu satu dengan kamu

Saturday 4 May 2013

Dilema Kamu

Aku coretkan rindu
pada sebuah puisi
yang temanya ialah kamu.

Di sisa malam ini
hela nafasku berbau rindu
Dan ingatan pada kamu
langsung membuai aku lelap
bersama sekeliling yang sudah malap.

Kamu sentiasa ada dalam puisi puisi diamku.
Kamu sentiasa bernafas dalam hatiku.
Mohon dipilih.
Kamu nyata atau pupus selamanya?

Friday 3 May 2013

Kawan

Bila cinta pergi
Ketahuilah aku masih gagah berdiri
Walau hati sunyi
Aku usir dengan nyanyian hati

Terasa bagai ditusuk sembilu bisa
Remuk redam dalam rusuk
Ditengah-tengah sedu sedan ketawa
Aku terkekeh menahan tangis

Dan kepada kau, kau dan kau
Yang terkadang
tempat aku curah
segala celaka jiwa aku ini
Aku mohon tuhan itu
beri kau syurga
dan syurga
dan syurga.

Terima kasih kawan.

Mei ketiga

Hari ini aku bermula. Blog ini memang untuk dicoret aku sahaja. Duka , lara, senang, binasa. Biar semuanya aku lakar di sini saja. Bukan mahu kumpul peminat. Cuma mahu melempias lara suka duka bahkan perit jahanam hidup aku.














Aku, si LelaMajnun.